Sambutan
- RAJA RIZUAN ISMAILLIAH BIN RAJA AHMAD
Anak raja mudik bersampan,
Mudik melihat kampung halaman;
Salam dihulur tanda persaudaraan,
Majalah Duta Wisata sebagai santunan
Alhamdulillahi robbil a’lamin wassala tu wassalamuala asyrofil anbia’iwal mursalin wa’ala alihi wasohbihi ajmain. Syukur kepada Allah Subhanahuwa ta’ala dengan limpah kurnia Nya Tuhan sekelian alam, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Rhoni, Ya Mughni, Ya Zaljalaliwal ikrom, Bismillahillazi layardhuru ma’asmihi syaion filardi wala fissama’i wahuwas sami’un a’lim.
Syukur kepada Allah swt yang telah melimpahkan Rahman dan Rahim Nya sehingga terealisasi www.dutawisata.co untuk Keluaran Pelancaran ini. Sekalung budi serta setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh anggota keluarga Majalah Duta Wisata yang telah berusaha dengan gigih melaksanakan majalah ini sehingga ke tahap sekarang.
Sebuah santunan yang menggabungkan dua Negara Indonesia dan Malaysia melalui pendekatan pariwisata@pelancongan dan kebudayaan senusantara. Kesinambungan perhubungan yang telah terjalin sejak berabad lamanya sejak ratusan tahun dahulu melalui hubungan kekeluargaan dan kini di era baru melalui hubungan diplomatik bersempadan.
www.dutawisata.co boleh dianggap sebuah percubaan berani yang harus di sokong dan diberi pujian kerana ianya membuka satu lembaran baru sebagai cetusan suara, idea, kreativiti serta ketulusan anak bangsa nusantara bertujuan menjadikan ia sebuah platform melalui kekeluargaan nusantara menyampaikan keihklasan mengeratkan jurang persoalan kebuadayaan dan pariwisata@pelancongan dua Negara. Usaha murni ini memerlukan sambutan serta sokongan hebat dari semua pihak termasuk pemerintah kedua-dua Negara, agar tidak tercela dek kerakusan sesetengah pihak yang cuba menjadi penghalang kepada ikatan kekeluargaan kita.
www.dutawisata.co berpotensi untuk dikembangkan keseluruh Asean khususnya dan seluruh dunia amnya melalui pengurusan serta perancangan yang teratur, sistematik, berkepimpinan dan bijaksana. Ianya memerlukan komitmen yang tinggi dari semua yang terlibat sebagai keluarga Majalah Duta Wisata bagi perancangan 2 tahun akan datang semoga terlaksana dengan jayanya pengedaran majalah ini sehingga keperingkat yang terbaik.
Terima kasih sekali lagi dengan kesungguh ‘team’ yang sentiasa berusaha sebaik mungkin memelihara serta memastikan ini hebat dan terus diterima oleh setiap golongan peringkat usia untuk memiliki dan membacanya. Semoga akan menjadi rujukan bagi perkembangan kemajuan industri pariwisata@pelancongan dan kebudayaan di kedua-dua Negara Indonesia – Malaysia khususnya dan keseluruh nusantara amnya.
Melalui pengurusan serta kreativiti yang terbaik dari ‘team’, ini akan dapat memastikan setiap input @ kemasukan menepati setiap informasi yang disampaikan adalah benar dan memberi manfaat kepada semua pembaca. Justeru, menjadi wacana baru di dalam membuka lembaran gabungan periklanan nusantara bukan sahaja bertujuan perniagaan malah menjalin kerjasama antara setiap perusahaan seperti sebuah keluarga yang bergabung mempertingkatkan kerjasama begitu juga kerjasama di dalam semua bentuk usaha keusahawanan.
Semoga terus maju, sukses dan setiasa berdaya saing supaya menjadi pilihan utama pembaca untuk memiliki setiap terbitan majalah ini. Akhir kata sekapur sireh seulas pinang, semoga bertemu lagi di terbitan seterusnya.
Terima kasih.